tua gheter raya mende

Friday 4 September 2009

aku rasa macam nak buat pesta tolak bala sebab banyak benda pelik hari ni...

biasa aku bangun tidur, aku terus nyanyi lagu Negararaku...kali ni aku nyanyi lagu Indonesia Raya...apahal?..

dan kebiasaannya, masa aku nak pergi tandas aku akan terajang sekor askar jerman separa bogel tengah tekan tubi kat tepi dapur, tapi tadi tengah sapu lantai...askar jerman sapu lantai, tak pelik ke tu?...lain la kalau tengah tanam mayat..aku nak terajang pun dah naik segan...jadi aku buat keputusan pergi tangkap lipas sebagai kerja amal...untuk pengetahuan, kerja tangkap lipas pagi-pagi buta bukan senang...

taknak fikir bukan-bukan, aku teruskan hidup walaupun tak cukup nikotin...sampai ofis, assignment pertama aku ialah mendownload cerita Memento...nampak macam tak pelik kan?...tapi masalahnya aku ialah pekerja berwawasan...nak tak nak, aku terpaksa tidur selama 1 jam untuk mengurangkan rasa bersalah...

rutin harian bulan puasa ialah berbuka puasa(waktu belakang kira :D)...apa yang aneh dengan berbuka puasa hari ni?...sejenis mahkluk yang biasa dikenali sebagai housemate hari ni dah jadi housemaid...dia SMS dia nak bantai masak nasik goreng + ayamas goreng + air sunquick...memang terharu...dan lagi aneh bila semua-semua tu sedap la pulak...tapi kitorang terpaksa tong-tong tempah keranda selepas housemaid terbabit cedera dibahagian rusuk akibat dihentak dengan objek berat bila diketahui semua makanan tersebut adalah ehsan dari awek beliau...

nak lagi pelik?...entry kali ni dah melanggar prinsip asas...no blogodiary...
tengah berkira-kira nak pacak lilin keliling rumah buang sial, aku baru teringat pesan orang tua-tua...kalau banyak benda pelik berlaku, maknanya raya dah nak dekat...

jadi aku sebagai penyimpan mohor besar raja-raja, dengan ini mengisytiharkan, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...anak bulan dalam proses pembikinan oleh mak dan bapak bulan...harap bersabar...puasa didahulukan, raya diutamakan...


//pedia2 rasa dok cukok posa, mari a dumoh...aku nok wi tazkiroh...wahaha

  © template fueled by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP