wal-fuasa

Tuesday 25 August 2009

bulan puasa macam ni, ramai yang tak tentu hala...mungkin sebab tak boleh lepak minum macam biasa, kandungan gula dalam darah pun dah kurang, jadi banyak yang merepek tanya bukan-bukan...

"mung poser dok arining?"...ada ke tanya soalan macam tu kat bakal wali macam aku?...
"ning lemang mung ke ning?"...dah sah-sah aku puasa, mesti la bukan aku punya...walaupun ada kat meja aku...

dan banyak lagi soalan-soalan yang budak kecik pun boleh bunuh diri kalau dengar...
"aku nok tanya ning...bakpe matahari dok turung masa zohor takdi?"...
"kalu aku beli air tebu, mung rasa buleh straw lebih dok?"...
"liverpool kaloh, mung posa dok?"...

bagi menampakkan ketidakbengapan dan ketajaman otak aku berbanding makhluk-makhluk tak cukup darah tu walaupun aku sedang berpuasa, diulangi: sedang berpuasa, nak ulang lagi ke?: ehem! sedang berpuasa, aku bagi contoh soalan yang masuk akal sikit...takde la orang nampak macam bunting padi sangat...akupun tak tau apsal bunting padi tu ada kat situ sebenarnya tapi anggap je la macam carutan berkuasa-rendah...lembut ditelinga, lagi lembut kalau tak sebut...

soalan-soalannya:

kenapa asal bulan puasa je, mesti ada banyak rancangan ajar orang masak...
a) bulan puasa juga dikenali sebagai bulan memasak
b) tukang masak takde kerja siang ari...ajar orang pun jadi
c) sengaja nak bagi korang terliur..
d) waktu sesuai untuk orang2 lembap belajar memasak...semua dah lapar, takdenya orang nak kisah pasal rasa..

kedengaran azan berkumandang...kenapa Samat tidak berbuka lagi?
a) dia kat bazar ramadhan tengah asyik mengorat janda ayam percik
b) dia tengah tidur macam dia sorang je yang puasa
c) dia dalam tandas berkat keracunan megi dia sebat tengahari tadi
d) dia tunggu azan maghrib...azan asar mana bole buka lagi

kenapa Yusuf Tayyub bisik-bisik masa jual kurma?
a) kurma dia jual kurma seludup
b) tak larat nak jerit-jerit sebab tengah berpuasa
c) bini dia tengah cari...duit tiket balik raya dia pergi buat modal jual kurma..
d) bisik-bisik la seksi...jeles la tu

kagum tak aku masih boleh berfikiran matang dibulan fuasa?...haha


//pesanan gabenor negara: elok korang pikir nak abihkan puasa dulu baru pikir macam mana nak abihkan duit untuk beraya...haha

"gok pahtu"

Wednesday 12 August 2009

those were the days when i despised anything that had mainstream's scent-mark all over and revered everything that came from 'under the ground'...the days where fanzines were abundant that had somewhat inspired many teenagers like me...the days when me and others were trying hard to give something back to the scene...the days when we enjoyed living on the fast lane shouting "punk not death"...

then came a simple guy with strong character who had put me where i stand today...
this is a tribute(edit: couldn't find 'the cassette'...zzz)....in memory...


to Miji(1974-2009)...al-Fatihah...


//"always share, always dare"
edit: forgot to put the nostalgic advert as a remembrance to him..."oh! kau nyamuk"...

bbolok-wok doh ning

Friday 7 August 2009

pagi masih awal sangat tapi nasik minyak dah habis...tinggal karipap kecut dengan kuah nasik dagang je...pagi-pagi dah kena order maggi goreng kosong...kalau bakal-bakal mak dan bapak mertua nampak mesti dah kena blacklist...ado den kesah?...

"maggi makanan berjenama jugak, makcik...selalu masuk tv"...harap-harap alasan ni cukup kukuh bagi mereka...
"budak-budak U pun makan maggi...itu sebab semua cerdik-cerdik"...kalau alasan bijak macam ni pun tak jalan, memang mereka tak peka dengan isu semasa...tak layak jadi mertua...haha

kecekapan mengunyah terganggu dengan ketibaan penasihat dan pengulas sukan reject...selesai majlis menyambung meja dan meng-order air beramai-ramai, sesi mencarut dimulakan dengan aman sebelum bertukar garang sambil membakar rokok tanda protes...sampaikan kucikng-kucing pun naik takut nak pau tulang ikan...cuma mampu mengiau dari jauh mengutuk kadar carutan yang menggerunkan...

makcik kedai mula angkat kening...anak makcik kedai nekad hantar order main campak je...penganalisis politik makin lantang merepek tak mau mengalah...yang perempuan rasa tergugat sambil setia bergosip...ada jugak buat-buat tak endah...tapi semua itu bukan halangan...masuk lokap 5 tahun kerja berat pun masuklah...janji dapat maki prestasi kelab bola sepak lawan...bilalah agaknya objek-objek berbahaya ni nak bertaubat...haha

ya betul...suasana sebegitu semakin dekat...debaran makin hangat...semua pemecah-rumah tegar sudah tukar jadual kerja bergantung kepada jadual perlawanan bola...isteri-isteri dah cari air penerang hati untuk suami-suami yang selalu kena rasuk tengok bola...hatta ayam pun dah pandai demand reban kalis bunyi...korang dah bersedia?


//Liverpool dah lantik bomoh rasmi dari suku-kaum kampung Pok Ya...kelab-kelab jahiliah macam MU, Arsenal, Chelsea, Man City kompom kena santau...wahaha

  © template fueled by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP