mahal ger bedil

Friday 9 October 2009

semakin ramai sayang Mahathir...sapa tak sayang Mahathir?..Mahsuri sayang sebab Langkawi makin maju...Anwar sayang sebab ada isu nak bukak parti baru...indon dan bangla sayang sebab ada KLCC boleh lepak time cuti Tahun Baru...pendek kata, semua sayang Mahathir walaupun taknak mengaku...tak gitu, Labu?

sekarang ni, ada lagi 1 golongan kasta rendah makin sayang sama Mahathir...rokok zaman Mahathir mana pernah naik harga menggila macam sekarang...sekarang, harga dadah pun lagi stabil dari rokok...Pak Lah ambil alih, belanjawan pertama, dia bantai rokok naik RM1.10..naik lagi RM0.60..lagi dan lagi...sampai pernah naik harga 3 kali dalam setahun...ini macam, elok wasiatkan rokok kat anak cucu...

at this rate lagi 20 tahun, rokok sekotak lagi mahal dari harga tanah bandar sepetak...beli tanah pakai rokok je...tak mustahil kes ragut rokok meningkat, tokey rokok diculik, perokok dikasari, tenggiling dikhianati dan macam-macam lagi...kereta kebal orang buat angkut rokok, kasi selamat...kekayaan dinilai dari berapa batang rokok korang ada...silap-silap, hantaran kahwin pun orang susun rokok buat jadi Eiffel Tower letak dalam dulang cantik-cantik...malam pertama si isteri terkulat-kulat tunggu sang suami habiskan rokok dalam dulang...heaven beb isap rokok dulang...

"elok la mahal, boleh la berenti"...hangguk ko...
harga tidak memainkan peranan bila sebut bab rokok, boss...jangan terpengaruh propaganda politik yang cuba mengaut duit lebih, bukan nak mengurangkan tabiat merokok...perokok tetap bertambah...bila mahal, tapi demand tinggi apa jadi?...kes seludup meningkat...bila seludup meningkat, confirm kes rasuah merata-rata...belum kira kes kemalangan jalanraya naik berganda...nikotin yang banyak penting untuk drive malam-malam terutama bila semua dah jadi tukun, tidur tak ingat drebar...takkan nak tampar muka sambil pulas stereng...jangan sampai cari along nak beli rokok sudah...kang banyak pulak rakyat Malaysia hilang kaki tergadai bini...

"merokok tak elok untuk....."
huh..yang ni nak kena bukak kitab kebudayaan...
cuba tengok excerpt dari sini:

The conclusion is that men and women are both social but in different ways. Women specialize in the narrow sphere of intimate relationships. Men specialize in the larger group.
apa erti semua itu, wahai samseng-samsengku?..untuk lelaki mencapai potensi tersebut, rokok memainkan peranan...statistik dari Jabatan Rumah Urut, lelaki merokok lebih ramai kawan daripada lelaki anti-rokok...kenapa lelaki kena ramai kawan berbanding perempuan?...korang baca la sendiri kajian dari laman-bersawang tu...

dan harga rokok yang stabil juga elok untuk pasaran suratkhabar...setiap kali harga rokok naik 20 sen, penjualan akhbar-akhbar berbahasa Melayu di seluruh negara akan jatuh 10,000 naskhah...kali ni naik 30sen, jadi kurang lagi 15,00...wartawan nak mentekedarah apa?...itu yang wartawan semua nak pakai macam Juwie join majalah Mangga tu...Mangga lagi popular sebab orang tak merokok ramai beli...rosak betul budak-budak sekarang ni asyik mengadap gosip 24jam...isap rokok lagi bagus...dapat jugak skill buat bulatan...

tiba-tiba aku rasa lagu Suspect Device dari Stiff Little Fingers sesuai dengan kecibaian harga rokok dewasa ini...mari gelek sama-sama...


SPOILER: »Stiff Little Fingers - Suspect Device« lyric

//apsal aku rasa entry kali ni dah jadi macam bapok Jawa tak dapat customer...membebel tak tentu hala...wahaha

  © template fueled by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP