liverpool ning, boh
Wednesday, 24 February 2010
"kenapa ko sokong liverpool?...liverpool bukan power pun...mcManaman macam pr0n star" kata seorang mamat bermuka anak tenggiling sambil menempah keranda sendiri...tunggu masa nak kena tanam je tu...memandangkan zaman tu belum ada facebook, aku maki dia depan-depan...
penat memaki, baru la aku bagi sebab konkrit aku minat liverpool: "liverpool ada burung, baru la jantan namanya...kelab lain ada ke?" kataku sambil mencilok rakus selipar dari dorm lain lantas menuju ke kantin dengan selipar cilok baruku...satu merah, satu biru...
dulu-dulu, akupun tak pasti kenapa aku minat liverpool...tapi kalau nak kira, aku mula minat kat liverpool masa tingkatan satu...
aku tak layan EPL pun...zaman tu takde astro, selesema babi pun belum ada...yang ada time tu, Hiburan Minggu Ini dan juga Hulk Hogan...sekarang, HMI dah lingkup, Hulk Hogan je tak lingkup-lingkup lagi...jadi, masa zaman-zaman The Undertaker tengah jahat tu la aku kenal satu mamat bertattoo "punk not death" kat singlet dia...dia ada abang, cukup sifat-sifat seorang penggali kubur...abang dia minat liverpool...ada satu kali dia cakap: "liverpool kelab untuk working-class macam kita"...jadi, sebab aku secara dasarnya menyokong dasar-dasar jalanan masa tu, automatik aku termakan pujuk-rayu dia dan mula menyokong liverpool...
itu dulu, masa cikgu geografi aku tengah mantap...sekarang, masa zaman anak dia pulak yang mantap, aku lebih berfikiran sendiri...tapi, liverpool tetap menjadi pilihan...kenapa?...
salah satunya ialah Bill Shankly...
Shankly masuk liverpool masa liverpool tengah nazak...duduk dalam divisyen 2...hari pertama, dia kutip batu dekat Melwood...nak mandi lepas latihan, kena balik Anfield, sebab Melwood tak cukup air...dia yang memperkenalkan latihan-latihan yang menjadi ikutan manager-manager lain sampai sekarang...memperkenalkan jadual pemakanan...memperkenalkan corak permainan "pass and move"...dan banyak lagi...
bukan kerana dia pandai kutip batu ataupun kuat mandi...tapi selain daripada genius, istiqamah, cekal, sentul dan tak suka main farmville, aku respek dia sebab keperibadian beliau sendiri...working-class attitude aliran tengah memang tebal dalam diri dia...that's liverpool's way...
nama liverpool pulak cukup cantik...Arsenal, gay...Manchester United/City, too gay...Chelsea, girls' name...Aston Villa, geeky...Everton, simply hideous... Newcastle United, not man enough...Tottenham Hotspurs, that's not even a name...Liverpool, perfect!...
belum kira tagline lagi...sebut je YNWA, semua tahu hatta google sekalipun...cuba cari shorthand GGMU(edisi jeles bermaksud, Glory Glory Man Utd), tengok kena tazkirah panjang dengan google ke tidak...yang tak boleh blah, OABAAB(once a blues, always a blues)...tak ke firaun bunyinya tu...
corak permainan zaman sekarang pulak jangan cakap...memang superb...passing bola tak sampai...rembat macam perempuan...defend bagus...menggelecek tak lepas...cross ke laut...pendek kata, sangat superb untuk latihan mencarut...carut carut jugak, gelak tetap gelak...jangan emo tak tentu hala macam penyokong kelab lain...
senang cakap, liverpool memang memenuhi kriteria pasukan bola bagi aku...its fans, its atmosphere, its values...
takkan engkau berjalan sendirian...
crack the volume and enjoy this misleading song of liverpool anthem...misleading but still great...just like we're today...
//liverpool dokleh menang?...doh bakpe dok bang? :D...