Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts

liverpool ning, boh

Wednesday, 24 February 2010

"kenapa ko sokong liverpool?...liverpool bukan power pun...mcManaman macam pr0n star" kata seorang mamat bermuka anak tenggiling sambil menempah keranda sendiri...tunggu masa nak kena tanam je tu...memandangkan zaman tu belum ada facebook, aku maki dia depan-depan...

penat memaki, baru la aku bagi sebab konkrit aku minat liverpool: "liverpool ada burung, baru la jantan namanya...kelab lain ada ke?" kataku sambil mencilok rakus selipar dari dorm lain lantas menuju ke kantin dengan selipar cilok baruku...satu merah, satu biru...

dulu-dulu, akupun tak pasti kenapa aku minat liverpool...tapi kalau nak kira, aku mula minat kat liverpool masa tingkatan satu...
aku tak layan EPL pun...zaman tu takde astro, selesema babi pun belum ada...yang ada time tu, Hiburan Minggu Ini dan juga Hulk Hogan...sekarang, HMI dah lingkup, Hulk Hogan je tak lingkup-lingkup lagi...jadi, masa zaman-zaman The Undertaker tengah jahat tu la aku kenal satu mamat bertattoo "punk not death" kat singlet dia...dia ada abang, cukup sifat-sifat seorang penggali kubur...abang dia minat liverpool...ada satu kali dia cakap: "liverpool kelab untuk working-class macam kita"...jadi, sebab aku secara dasarnya menyokong dasar-dasar jalanan masa tu, automatik aku termakan pujuk-rayu dia dan mula menyokong liverpool...

itu dulu, masa cikgu geografi aku tengah mantap...sekarang, masa zaman anak dia pulak yang mantap, aku lebih berfikiran sendiri...tapi, liverpool tetap menjadi pilihan...kenapa?...

salah satunya ialah Bill Shankly...
Shankly masuk liverpool masa liverpool tengah nazak...duduk dalam divisyen 2...hari pertama, dia kutip batu dekat Melwood...nak mandi lepas latihan, kena balik Anfield, sebab Melwood tak cukup air...dia yang memperkenalkan latihan-latihan yang menjadi ikutan manager-manager lain sampai sekarang...memperkenalkan jadual pemakanan...memperkenalkan corak permainan "pass and move"...dan banyak lagi...

bukan kerana dia pandai kutip batu ataupun kuat mandi...tapi selain daripada genius, istiqamah, cekal, sentul dan tak suka main farmville, aku respek dia sebab keperibadian beliau sendiri...working-class attitude aliran tengah memang tebal dalam diri dia...that's liverpool's way...

nama liverpool pulak cukup cantik...Arsenal, gay...Manchester United/City, too gay...Chelsea, girls' name...Aston Villa, geeky...Everton, simply hideous... Newcastle United, not man enough...Tottenham Hotspurs, that's not even a name...Liverpool, perfect!...
belum kira tagline lagi...sebut je YNWA, semua tahu hatta google sekalipun...cuba cari shorthand GGMU(edisi jeles bermaksud, Glory Glory Man Utd), tengok kena tazkirah panjang dengan google ke tidak...yang tak boleh blah, OABAAB(once a blues, always a blues)...tak ke firaun bunyinya tu...

corak permainan zaman sekarang pulak jangan cakap...memang superb...passing bola tak sampai...rembat macam perempuan...defend bagus...menggelecek tak lepas...cross ke laut...pendek kata, sangat superb untuk latihan mencarut...carut carut jugak, gelak tetap gelak...jangan emo tak tentu hala macam penyokong kelab lain...

senang cakap, liverpool memang memenuhi kriteria pasukan bola bagi aku...its fans, its atmosphere, its values...
takkan engkau berjalan sendirian...

crack the volume and enjoy this misleading song of liverpool anthem...misleading but still great...just like we're today...

SPOILER: »Offside - You'll Never Walk Alone« lyric

//liverpool dokleh menang?...doh bakpe dok bang? :D...

mahal ger bedil

Friday, 9 October 2009

semakin ramai sayang Mahathir...sapa tak sayang Mahathir?..Mahsuri sayang sebab Langkawi makin maju...Anwar sayang sebab ada isu nak bukak parti baru...indon dan bangla sayang sebab ada KLCC boleh lepak time cuti Tahun Baru...pendek kata, semua sayang Mahathir walaupun taknak mengaku...tak gitu, Labu?

sekarang ni, ada lagi 1 golongan kasta rendah makin sayang sama Mahathir...rokok zaman Mahathir mana pernah naik harga menggila macam sekarang...sekarang, harga dadah pun lagi stabil dari rokok...Pak Lah ambil alih, belanjawan pertama, dia bantai rokok naik RM1.10..naik lagi RM0.60..lagi dan lagi...sampai pernah naik harga 3 kali dalam setahun...ini macam, elok wasiatkan rokok kat anak cucu...

at this rate lagi 20 tahun, rokok sekotak lagi mahal dari harga tanah bandar sepetak...beli tanah pakai rokok je...tak mustahil kes ragut rokok meningkat, tokey rokok diculik, perokok dikasari, tenggiling dikhianati dan macam-macam lagi...kereta kebal orang buat angkut rokok, kasi selamat...kekayaan dinilai dari berapa batang rokok korang ada...silap-silap, hantaran kahwin pun orang susun rokok buat jadi Eiffel Tower letak dalam dulang cantik-cantik...malam pertama si isteri terkulat-kulat tunggu sang suami habiskan rokok dalam dulang...heaven beb isap rokok dulang...

"elok la mahal, boleh la berenti"...hangguk ko...
harga tidak memainkan peranan bila sebut bab rokok, boss...jangan terpengaruh propaganda politik yang cuba mengaut duit lebih, bukan nak mengurangkan tabiat merokok...perokok tetap bertambah...bila mahal, tapi demand tinggi apa jadi?...kes seludup meningkat...bila seludup meningkat, confirm kes rasuah merata-rata...belum kira kes kemalangan jalanraya naik berganda...nikotin yang banyak penting untuk drive malam-malam terutama bila semua dah jadi tukun, tidur tak ingat drebar...takkan nak tampar muka sambil pulas stereng...jangan sampai cari along nak beli rokok sudah...kang banyak pulak rakyat Malaysia hilang kaki tergadai bini...

"merokok tak elok untuk....."
huh..yang ni nak kena bukak kitab kebudayaan...
cuba tengok excerpt dari sini:

The conclusion is that men and women are both social but in different ways. Women specialize in the narrow sphere of intimate relationships. Men specialize in the larger group.
apa erti semua itu, wahai samseng-samsengku?..untuk lelaki mencapai potensi tersebut, rokok memainkan peranan...statistik dari Jabatan Rumah Urut, lelaki merokok lebih ramai kawan daripada lelaki anti-rokok...kenapa lelaki kena ramai kawan berbanding perempuan?...korang baca la sendiri kajian dari laman-bersawang tu...

dan harga rokok yang stabil juga elok untuk pasaran suratkhabar...setiap kali harga rokok naik 20 sen, penjualan akhbar-akhbar berbahasa Melayu di seluruh negara akan jatuh 10,000 naskhah...kali ni naik 30sen, jadi kurang lagi 15,00...wartawan nak mentekedarah apa?...itu yang wartawan semua nak pakai macam Juwie join majalah Mangga tu...Mangga lagi popular sebab orang tak merokok ramai beli...rosak betul budak-budak sekarang ni asyik mengadap gosip 24jam...isap rokok lagi bagus...dapat jugak skill buat bulatan...

tiba-tiba aku rasa lagu Suspect Device dari Stiff Little Fingers sesuai dengan kecibaian harga rokok dewasa ini...mari gelek sama-sama...


SPOILER: »Stiff Little Fingers - Suspect Device« lyric

//apsal aku rasa entry kali ni dah jadi macam bapok Jawa tak dapat customer...membebel tak tentu hala...wahaha

tua gheter raya mende

Friday, 4 September 2009

aku rasa macam nak buat pesta tolak bala sebab banyak benda pelik hari ni...

biasa aku bangun tidur, aku terus nyanyi lagu Negararaku...kali ni aku nyanyi lagu Indonesia Raya...apahal?..

dan kebiasaannya, masa aku nak pergi tandas aku akan terajang sekor askar jerman separa bogel tengah tekan tubi kat tepi dapur, tapi tadi tengah sapu lantai...askar jerman sapu lantai, tak pelik ke tu?...lain la kalau tengah tanam mayat..aku nak terajang pun dah naik segan...jadi aku buat keputusan pergi tangkap lipas sebagai kerja amal...untuk pengetahuan, kerja tangkap lipas pagi-pagi buta bukan senang...

taknak fikir bukan-bukan, aku teruskan hidup walaupun tak cukup nikotin...sampai ofis, assignment pertama aku ialah mendownload cerita Memento...nampak macam tak pelik kan?...tapi masalahnya aku ialah pekerja berwawasan...nak tak nak, aku terpaksa tidur selama 1 jam untuk mengurangkan rasa bersalah...

rutin harian bulan puasa ialah berbuka puasa(waktu belakang kira :D)...apa yang aneh dengan berbuka puasa hari ni?...sejenis mahkluk yang biasa dikenali sebagai housemate hari ni dah jadi housemaid...dia SMS dia nak bantai masak nasik goreng + ayamas goreng + air sunquick...memang terharu...dan lagi aneh bila semua-semua tu sedap la pulak...tapi kitorang terpaksa tong-tong tempah keranda selepas housemaid terbabit cedera dibahagian rusuk akibat dihentak dengan objek berat bila diketahui semua makanan tersebut adalah ehsan dari awek beliau...

nak lagi pelik?...entry kali ni dah melanggar prinsip asas...no blogodiary...
tengah berkira-kira nak pacak lilin keliling rumah buang sial, aku baru teringat pesan orang tua-tua...kalau banyak benda pelik berlaku, maknanya raya dah nak dekat...

jadi aku sebagai penyimpan mohor besar raja-raja, dengan ini mengisytiharkan, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...anak bulan dalam proses pembikinan oleh mak dan bapak bulan...harap bersabar...puasa didahulukan, raya diutamakan...


//pedia2 rasa dok cukok posa, mari a dumoh...aku nok wi tazkiroh...wahaha

wal-fuasa

Tuesday, 25 August 2009

bulan puasa macam ni, ramai yang tak tentu hala...mungkin sebab tak boleh lepak minum macam biasa, kandungan gula dalam darah pun dah kurang, jadi banyak yang merepek tanya bukan-bukan...

"mung poser dok arining?"...ada ke tanya soalan macam tu kat bakal wali macam aku?...
"ning lemang mung ke ning?"...dah sah-sah aku puasa, mesti la bukan aku punya...walaupun ada kat meja aku...

dan banyak lagi soalan-soalan yang budak kecik pun boleh bunuh diri kalau dengar...
"aku nok tanya ning...bakpe matahari dok turung masa zohor takdi?"...
"kalu aku beli air tebu, mung rasa buleh straw lebih dok?"...
"liverpool kaloh, mung posa dok?"...

bagi menampakkan ketidakbengapan dan ketajaman otak aku berbanding makhluk-makhluk tak cukup darah tu walaupun aku sedang berpuasa, diulangi: sedang berpuasa, nak ulang lagi ke?: ehem! sedang berpuasa, aku bagi contoh soalan yang masuk akal sikit...takde la orang nampak macam bunting padi sangat...akupun tak tau apsal bunting padi tu ada kat situ sebenarnya tapi anggap je la macam carutan berkuasa-rendah...lembut ditelinga, lagi lembut kalau tak sebut...

soalan-soalannya:

kenapa asal bulan puasa je, mesti ada banyak rancangan ajar orang masak...
a) bulan puasa juga dikenali sebagai bulan memasak
b) tukang masak takde kerja siang ari...ajar orang pun jadi
c) sengaja nak bagi korang terliur..
d) waktu sesuai untuk orang2 lembap belajar memasak...semua dah lapar, takdenya orang nak kisah pasal rasa..

kedengaran azan berkumandang...kenapa Samat tidak berbuka lagi?
a) dia kat bazar ramadhan tengah asyik mengorat janda ayam percik
b) dia tengah tidur macam dia sorang je yang puasa
c) dia dalam tandas berkat keracunan megi dia sebat tengahari tadi
d) dia tunggu azan maghrib...azan asar mana bole buka lagi

kenapa Yusuf Tayyub bisik-bisik masa jual kurma?
a) kurma dia jual kurma seludup
b) tak larat nak jerit-jerit sebab tengah berpuasa
c) bini dia tengah cari...duit tiket balik raya dia pergi buat modal jual kurma..
d) bisik-bisik la seksi...jeles la tu

kagum tak aku masih boleh berfikiran matang dibulan fuasa?...haha


//pesanan gabenor negara: elok korang pikir nak abihkan puasa dulu baru pikir macam mana nak abihkan duit untuk beraya...haha

bbolok-wok doh ning

Friday, 7 August 2009

pagi masih awal sangat tapi nasik minyak dah habis...tinggal karipap kecut dengan kuah nasik dagang je...pagi-pagi dah kena order maggi goreng kosong...kalau bakal-bakal mak dan bapak mertua nampak mesti dah kena blacklist...ado den kesah?...

"maggi makanan berjenama jugak, makcik...selalu masuk tv"...harap-harap alasan ni cukup kukuh bagi mereka...
"budak-budak U pun makan maggi...itu sebab semua cerdik-cerdik"...kalau alasan bijak macam ni pun tak jalan, memang mereka tak peka dengan isu semasa...tak layak jadi mertua...haha

kecekapan mengunyah terganggu dengan ketibaan penasihat dan pengulas sukan reject...selesai majlis menyambung meja dan meng-order air beramai-ramai, sesi mencarut dimulakan dengan aman sebelum bertukar garang sambil membakar rokok tanda protes...sampaikan kucikng-kucing pun naik takut nak pau tulang ikan...cuma mampu mengiau dari jauh mengutuk kadar carutan yang menggerunkan...

makcik kedai mula angkat kening...anak makcik kedai nekad hantar order main campak je...penganalisis politik makin lantang merepek tak mau mengalah...yang perempuan rasa tergugat sambil setia bergosip...ada jugak buat-buat tak endah...tapi semua itu bukan halangan...masuk lokap 5 tahun kerja berat pun masuklah...janji dapat maki prestasi kelab bola sepak lawan...bilalah agaknya objek-objek berbahaya ni nak bertaubat...haha

ya betul...suasana sebegitu semakin dekat...debaran makin hangat...semua pemecah-rumah tegar sudah tukar jadual kerja bergantung kepada jadual perlawanan bola...isteri-isteri dah cari air penerang hati untuk suami-suami yang selalu kena rasuk tengok bola...hatta ayam pun dah pandai demand reban kalis bunyi...korang dah bersedia?


//Liverpool dah lantik bomoh rasmi dari suku-kaum kampung Pok Ya...kelab-kelab jahiliah macam MU, Arsenal, Chelsea, Man City kompom kena santau...wahaha

dok dang mmikir

Saturday, 18 July 2009

lepak kat kedai...daripada aku tengok lalat ataupun sembang meraban tak tentu hala, ada baik aku baca sesuatu bagi nampak educated sikit...so aku tangkap The Star kat meja sebelah, pegang tinggi-tinggi bagi semua nampak yang aku tengah baca suratkhabar Jerman...tambah pulak dengan air sirap bandung, memang nampak macam manager bank habis..

penat berlakon baca akhbar Jerman walaupun sepatah haram tak paham, aku tarik Harian Metro pulak...kali ni kena letak atas meja je...malu la kalau orang nampak aku baca akhbar melayu...berita merapu dalam tu aku baca sekali imbas kecuali berita pasal budak genius fizik, kimia...berita tu tak best pun berbanding gambar awek iklan ntah apa-apa dalam tu...tapi cukup menarik untuk menguji minda kawan aku...

"Jak, 20+230 buleh berapa?"
"530..bakpe?" jawab kawan aku kompiden tahap dewa...atas pokok mana dia belajar entah...

memang kanak-kanak genius ni anugerah Tuhan...tapi bila mengenangkan nasib kanak-kanak genius ni, memang kesian...kecik-kecik dah kena paksa belajar itu ini...memang ibubapak budak tu akan cakap dorang tak paksa, tapi budak tu yang minat sangat...tapi benarkah sedemikian rupa?...

kalau betul tak paksa, kenapa nak hantar dia masuk universiti sejak kecik lagi?...dapat ke budak genius ni berkawan secara normal dengan budak-budak U tu?...tak mungkin...akibatnya, budak genius yang macam ni akan membesar secara songsang...

Albert Einstein, tak pergi U pun dari kecik, dapat jugak dia cipta mesin pengisar bawang...Isaac Newton, ponteng sekolah lepak bawah pokok epal, dia berjaya menguasai bidang gunting rambut...Ibnu Sina, belajar potong orang ke sejak dari kecik sampai pandai bedah tenggiling hidup?...al-khawarizmi pulak, duduk sekolah atap je tapi bila besar pandai panjat dinding...Bill Gates, dulu penah kena rotan dengan cikgu GKK sebab bawak patung ultraman masuk kelas...

pokoknya, kenapa nama-nama besar bukanlah budak-budak genius yang masuk U masa kecik atau belajar sekali dengan orang besar dari dia?...kenapa budak-budak genius yang masuk U awal, baik dalam atau luar negara, tidak pergi jauh seperti nama-nama besar tersebut?...jawapannya, sebab dorang membesar bersama kawan sekapal...suasana macam tu penting untuk kanak-kanak...

jadi kalau ada anak genius, biarlah dia duduk sekolah rendah je tak payah hantar pergi U masa kecik...dia dah pandai, lambat laun dia akan lagi pandai dari sekarang...banyak lagi masa...

biar dia merasa panjat pokok rambutan belakang rumah dengan budak sebelah...berendam dalam sungai sampai kecut anggota tertentu...tangkap ikan, main polis sentri, bergayut macam beruk, pukul 4.30 hari rabu tengok ultraman, kena rotan sebab baju sekolah kotor pergi masuk semak cari buah kemunting...nanti bila besar dorang boleh buat roket untuk jemaah haji...mengacukkan kambing dengan pokok kaktus...menguasai bidang kimia astropornology dan sebagainya...

bukan nak biarkan dorang tak tentu pasal...cuma bagi peluang dorang membesar macam fitrah manusia kalau nak tengok kesan baik jangka panjang...pernah ke kita dengar budak genius masuk U dari kecik berjaya menyumbang kepada tamadun manusia?...ini kerana dorang tak ada pengalaman problem solving masa kecik...

macam mana nak menang tikam dengan duit 10sen...berapa batang aiskrim yag diperlukan untuk memberi tenaga selama 20 minit berlari tengah panas...mengapa daya yang optimum dapat memecahkan buah getah lawan tanpa menyakitkan tangan...kenapa aku merapu disini :D...


//rupa-rupanya, The Star bukan akhbar bahasa Jerman tapi suratkhabar Jawa...patut la aku tak paham...hmmm

buoh

Saturday, 20 June 2009

musim buah dengan buah memang tak dapat dipisahkan...bagai buah dengan musim buah...
sana buah sini buah...jalan sikit jumpa buah...kalih tepi nampak buah..gostan belakang langgar buah...takde buah cari buah..

satu-satunya kempen kerajaan yang berjaya kat Malaysia ni cuma kempen "Makanlah Buah-Buahan Terpakai"..kempen lain macam "Tak Nak, Sudah!", "Mari Membuta", "Belia Benci Kamu" dan lain-lain, jangan harap berjaya sebab kurangnya unsur buah dalam penggunaan bahasa...cuba letak kempen "Derma Darah Dapat Buah" atau "Pandu Cermat Buah Selamat", gerenti dapat sambutan...

aku pun heran apsal nak kena ada kempen pasal makan buah...tak payah kempen pun orang kita makan buah jugak...patutnya, buat la kempen "Kurangkan Ulat Dalam Buahan"...gejala ulat buah ni sukar dibendung dan semakin berleluasa...buah dah cantik dah, tapi ulat dalam buah lagi banyak dari lantai rumah aku a.k.a pusat pelupusan sisa pepejal mahupun cecair(cecair??)...

jadi, rakyat Malaysia sekarang sedang ternanti-nanti se-buah berita penting di dada-dada akhbar: "Pesawat Bos Pok Ya Di Rampas"...difahamkan, Pok Ya yang mempunyai sebuah dusun berpuaka di Kuala Berang akan dihantar ke kelab-kelab dangdut berpusat di KL selama 1-2 bulan pada musim buah terdekat...bermakna, upacara tahunan menghalau jin dan jembalang di dusun beliau akan terbantut...seorang warga Israel sedang dilatih untuk merampas pesawat terbabit..


//beghapa banyak buah daaa...

jilak cok buleh nyor

Friday, 12 June 2009

"rokok bbatang!"...amat kurang hajar nampaknya disitu..
Idan ceghelong muka budak tu..baju putih kuning mangkuk tandas, seluar hijau lumut karat dinding, lencana rabak 'tun telanai'...sah budak sek.men.tun telanai..kalau dulu masa zaman-zaman jahiliah baju gambar jin tanah seluar himpit peha rambut melambai-lambai, orang kampung dah boleh makan nasik putih lauk daging import air sirap cair kat kenduri arwah...

budak-budak sekarang makin kurang hajar...aku rasa sebab banyak sangat political correctness..sound sikit dah politically incorrect...cuit sikit dah kira penjenayah perang..pasal tu budak-budak sekarang makin berlemak..hormat kat orang-orang tua(macam Idan wahaha) dah tak ada...

remajas zaman dulu kala, nak cakap dengan orang lebih tua punyalah gemalai..
"abang berbadan sasa, boleh mintak rokok sebatang atau tidak..kedai ini tidak menjual rokok lah".. tengok?..ayat samseng Gerak-Gerak Khas..kan ke sejuk hati mendengar...
tapi sekarang tidak...semua stok-stok nak kena tuam satu dua...bak kata Kenny, along kg.dusun: bila keranda dibawa barulah bercucuran air dan mata...aku tak kira aku sesah juga...

sesuatu mesti dilakukan...daripada menghadkan 10 subjek untuk SPM, elok diberi balik hak-hak membuli junior...'suka-suka buli' lain dengan 'buli suka-suka'...suka-suka buli memang sadis...tapi buli suka-suka ada unsur sang kancil dengan buaya, buah cempedak dijolok pagar, alam & manusia dan sebagainya...kalau korang tak tau apa itu buli suka-suka mahupun alam & manusia, korang memang budak-budak manja zaman Proton Waja...keluaran alaf baru memang macam tu haha...

"doh nok wi ke dok ning?!!"..
kitorang sembang gelak-gelak macam budak tu tak wujud...budak tu blah...kitorang masih gelak-gelak macam budak tu tak wujud...lalat makin ramai...

2 jam kemudian, order sampai..Idan selak sikit rambut belah tepi dia..lengan baju kemeja ala Rabbani dilipat manja..patut la budak tu berani pau rokok Idan...tak ada ciri-ciri pengganas jalanan langsung sejak berbinikan ustazah...haha...


//selamat hari bapa untuk bapa-bapa yang semakin berketerampilan batik jawa..wahaha

beng sayu ngak deh

Wednesday, 3 June 2009

where were you on May 28, 2:45 in the morning?..
don't tell me you were sleeping..or with your wife, 'sleeping'...or all by yourself, 'doing something'...or anything other than watching Man Utd got pwned in the 'ssess :D...

attention all Mancs..gonna have to tell you this before you plan to pummel me after this :D..
we arrived ±2 mins late at a kedai, gotta picked a bad spot only to find out there were 99.99% of Mancs, even the waiters/waitresses, the cooks and the tokey i presumed haha(the other 0.01% were merely cats)..
immidiately we sensed bloods..
Pok Ya is a MU-hatter who had killed 58 Mancs and injured 3426 others unscathed..Mudi and Lang Dahi are cold-blooded, those Mancs would be maimed for sure..Joe Bbulu i ventured won't forget to carry his .45 Smith & Wesson SW1911 piece..and i couldn't pictured myself beating all those Mancs to their pulps in case they have the guts to ask me what am i doing in my liverpool shirt...
for the safety of all those sorry Manc chumps including 2 of our Manc friends(why oh why? haha) who tagged along, we decided to chalos and look for trouble at another kedai :D...
so plan again wahaha..

all Man Utd players were looking terribly crumpy that night...Xabi and Iniesta were firing on all cylinders and looked brilliant..Messi, although not in his usual position, was brilliant...Pep Guardiola was brilliant...Barca was awesomely awesome!!..loved the view when the Mancs were squelched in their seats through the match :D

words are never enough..
just how Man Utd was dorkified, in pictures:


/********************* i'm fat and i sure can jump higher ************************/


/******** Nemanja vidic, £7m...Gerard Pique, £50m...(Pique + leg) - Vidic = priceless ***********/


/**************** swallowing the defeat with mouth wide open *********************/



/************************* next time, i won't use this...i promise ******************************/


/*************************** when you lose, you squat ********************************/



/****** look closer..it's a ball..you don't eat ball..you need to kick the ball to win the match *******/


/************************* and this is how you kick a ball.. *******************************/


picture source: thesun.co.uk, guardian.co.uk
//it isn't funny anymore, right Fergie? :D

bahang rambang

Sunday, 10 May 2009

"i do hate blogs!"..that's the typical side of me when it comes to blogosphere..so yeah, wtf am i blogging right now?..

first things first..."why?"..


huh! don't ask me...ask 'them'..people around me keep blog-hoping all the way from hell lot of mooshy-mooshy stuffs to gossips yadda-yadda even to the extend of hear-me-i-was-eating-shit-last-night type of blogs..drats! i hate you guys..wahaha..

alrighty then, i do NOT hate them...in fact, i won't even bother to know what blogs' inputs they're pumping into their brain cells..but when people ask me to jump on their bandwagon of blogs circle and i'd say hell no, i would be damned..all of the sudden I'd be a blogs basher for them...this begs the question...why?..ah ok, so i was too straight-out expressing my disgust towards shitty blogs :D..shitty as i see it of course :D...

what did Semek(not real name) ate last night? - how should i care?..
an artist ex-wife married to a singer ex-husband - uhuh..right whatever..now scram..i don't wanna know..
hey! Mahathir is Maha-Firaun according to that blog - so they just said it that way and it should be that way?..i pass..
did you read? a cow is winning for the queen of { insert reality show } - great! can i milk it?
wanna download yahoo-stalker tools? go here - whoa! that's neat..but then, i don't give a damn..really, just piss off..
i found a nice piece of c0de on how to bla bla - where? share me its url..
Semek(not real name) had an accident! - arghh! not this again...

see? i'm into blogs as well..not just any blog...a real deal of blogs if i'm entitled to put it that way...
so why the answer?..heh! over-generalized questions would get over-generalized answers if you'd asked me :D...
tonnes of thoughtful blogs and i'll go an extra thousand miles craving for more..but please don't feed me with stinky bloody blogs as i have every axe to grind with those..wahaha

having said all that, expect no political conundrums(enter vermin), my slice of life(you don't wanna know), gossips(have better things to do), useless downloads(junk == junks), anybody slice of life(get a life) and melancholic git's gists(romeo & juliet, what a made-up hoax) here..
if you happened to seek those sort of 'thang' and end up here, you're just a click away from this hell...blast off...haha! :D

so what is this blog all about?...we'll see :D..
i'm gonna fill this blog with junks up to the roof...
then yeah!..this blog should end up at the blog's junkyard...as if i care..wahaha..

//absorbing more nicc 'o' tine to ease my frenzy state...wahaha

  © template fueled by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP