wal-fuasa
Tuesday, 25 August 2009
bulan puasa macam ni, ramai yang tak tentu hala...mungkin sebab tak boleh lepak minum macam biasa, kandungan gula dalam darah pun dah kurang, jadi banyak yang merepek tanya bukan-bukan...
"mung poser dok arining?"...ada ke tanya soalan macam tu kat bakal wali macam aku?...
"ning lemang mung ke ning?"...dah sah-sah aku puasa, mesti la bukan aku punya...walaupun ada kat meja aku...
dan banyak lagi soalan-soalan yang budak kecik pun boleh bunuh diri kalau dengar...
"aku nok tanya ning...bakpe matahari dok turung masa zohor takdi?"...
"kalu aku beli air tebu, mung rasa buleh straw lebih dok?"...
"liverpool kaloh, mung posa dok?"...
bagi menampakkan ketidakbengapan dan ketajaman otak aku berbanding makhluk-makhluk tak cukup darah tu walaupun aku sedang berpuasa, diulangi: sedang berpuasa, nak ulang lagi ke?: ehem! sedang berpuasa, aku bagi contoh soalan yang masuk akal sikit...takde la orang nampak macam bunting padi sangat...akupun tak tau apsal bunting padi tu ada kat situ sebenarnya tapi anggap je la macam carutan berkuasa-rendah...lembut ditelinga, lagi lembut kalau tak sebut...
soalan-soalannya:
kenapa asal bulan puasa je, mesti ada banyak rancangan ajar orang masak...
a) bulan puasa juga dikenali sebagai bulan memasak
b) tukang masak takde kerja siang ari...ajar orang pun jadi
c) sengaja nak bagi korang terliur..
d) waktu sesuai untuk orang2 lembap belajar memasak...semua dah lapar, takdenya orang nak kisah pasal rasa..
kedengaran azan berkumandang...kenapa Samat tidak berbuka lagi?
a) dia kat bazar ramadhan tengah asyik mengorat janda ayam percik
b) dia tengah tidur macam dia sorang je yang puasa
c) dia dalam tandas berkat keracunan megi dia sebat tengahari tadi
d) dia tunggu azan maghrib...azan asar mana bole buka lagi
kenapa Yusuf Tayyub bisik-bisik masa jual kurma?
a) kurma dia jual kurma seludup
b) tak larat nak jerit-jerit sebab tengah berpuasa
c) bini dia tengah cari...duit tiket balik raya dia pergi buat modal jual kurma..
d) bisik-bisik la seksi...jeles la tu
kagum tak aku masih boleh berfikiran matang dibulan fuasa?...haha
//pesanan gabenor negara: elok korang pikir nak abihkan puasa dulu baru pikir macam mana nak abihkan duit untuk beraya...haha