dok dang mmikir
Saturday, 18 July 2009
lepak kat kedai...daripada aku tengok lalat ataupun sembang meraban tak tentu hala, ada baik aku baca sesuatu bagi nampak educated sikit...so aku tangkap The Star kat meja sebelah, pegang tinggi-tinggi bagi semua nampak yang aku tengah baca suratkhabar Jerman...tambah pulak dengan air sirap bandung, memang nampak macam manager bank habis..
penat berlakon baca akhbar Jerman walaupun sepatah haram tak paham, aku tarik Harian Metro pulak...kali ni kena letak atas meja je...malu la kalau orang nampak aku baca akhbar melayu...berita merapu dalam tu aku baca sekali imbas kecuali berita pasal budak genius fizik, kimia...berita tu tak best pun berbanding gambar awek iklan ntah apa-apa dalam tu...tapi cukup menarik untuk menguji minda kawan aku...
"Jak, 20+230 buleh berapa?"
"530..bakpe?" jawab kawan aku kompiden tahap dewa...atas pokok mana dia belajar entah...
memang kanak-kanak genius ni anugerah Tuhan...tapi bila mengenangkan nasib kanak-kanak genius ni, memang kesian...kecik-kecik dah kena paksa belajar itu ini...memang ibubapak budak tu akan cakap dorang tak paksa, tapi budak tu yang minat sangat...tapi benarkah sedemikian rupa?...
kalau betul tak paksa, kenapa nak hantar dia masuk universiti sejak kecik lagi?...dapat ke budak genius ni berkawan secara normal dengan budak-budak U tu?...tak mungkin...akibatnya, budak genius yang macam ni akan membesar secara songsang...
Albert Einstein, tak pergi U pun dari kecik, dapat jugak dia cipta mesin pengisar bawang...Isaac Newton, ponteng sekolah lepak bawah pokok epal, dia berjaya menguasai bidang gunting rambut...Ibnu Sina, belajar potong orang ke sejak dari kecik sampai pandai bedah tenggiling hidup?...al-khawarizmi pulak, duduk sekolah atap je tapi bila besar pandai panjat dinding...Bill Gates, dulu penah kena rotan dengan cikgu GKK sebab bawak patung ultraman masuk kelas...
pokoknya, kenapa nama-nama besar bukanlah budak-budak genius yang masuk U masa kecik atau belajar sekali dengan orang besar dari dia?...kenapa budak-budak genius yang masuk U awal, baik dalam atau luar negara, tidak pergi jauh seperti nama-nama besar tersebut?...jawapannya, sebab dorang membesar bersama kawan sekapal...suasana macam tu penting untuk kanak-kanak...
jadi kalau ada anak genius, biarlah dia duduk sekolah rendah je tak payah hantar pergi U masa kecik...dia dah pandai, lambat laun dia akan lagi pandai dari sekarang...banyak lagi masa...
biar dia merasa panjat pokok rambutan belakang rumah dengan budak sebelah...berendam dalam sungai sampai kecut anggota tertentu...tangkap ikan, main polis sentri, bergayut macam beruk, pukul 4.30 hari rabu tengok ultraman, kena rotan sebab baju sekolah kotor pergi masuk semak cari buah kemunting...nanti bila besar dorang boleh buat roket untuk jemaah haji...mengacukkan kambing dengan pokok kaktus...menguasai bidang kimia astropornology dan sebagainya...
bukan nak biarkan dorang tak tentu pasal...cuma bagi peluang dorang membesar macam fitrah manusia kalau nak tengok kesan baik jangka panjang...pernah ke kita dengar budak genius masuk U dari kecik berjaya menyumbang kepada tamadun manusia?...ini kerana dorang tak ada pengalaman problem solving masa kecik...
macam mana nak menang tikam dengan duit 10sen...berapa batang aiskrim yag diperlukan untuk memberi tenaga selama 20 minit berlari tengah panas...mengapa daya yang optimum dapat memecahkan buah getah lawan tanpa menyakitkan tangan...kenapa aku merapu disini :D...
//rupa-rupanya, The Star bukan akhbar bahasa Jerman tapi suratkhabar Jawa...patut la aku tak paham...hmmm